PEJABAT BENDAHARI

Search

KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M Debit-i)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera,

Warga pelajar yang dihormati,

Adalah dimaklumkan bahawa Baucar Buku 1 Malaysia telah digantikan dengan Bantuan Pelajar Pengajian Tinggi (BPPT) yang dikelolakan oleh Bank Rakyat. Permohonan bagi kad ini telah dibuka bermula 16 Februari 2017 sehingga 31 Mac 2017.

Para pelajar yang telah menerima e-mel makluman daripada pihak Bank Rakyat diminta mengambil KADS1M tersebut dengan segera di cawangan yang dinyatakan bagi mengelakkan kesulitan pada masa akan datang.