PEJABAT BENDAHARI

Search

PERTANDINGAN PROGRAM E-WASTE ALAM ALLIANCE PERINGKAT NEGERI TERENGGANU ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
YBhg. Prof/Dr/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.     Untuk makluman semua, sisa elektrik dan elektronik (dikenali sebagai E-waste) menjadi isu kritikal kerana kurang kesedaran tentang cara pelupusan yang sesuai selepas jangka hayat penggunaannya. Sekiranya pelupusan E-waste tidak dikendalikan dengan betul, ianya akan merbahaya kepada kesihatan dan alam sekitar. Bagi membantu menjaga alam sekitar dengan lebih baik pada masa akan datang, Jabatan Alam Sekitar telah menganjurkan Pertandingan Program E-Waste Alam Alliance Peringkat Negeri Terengganu dan Universiti Malaysia Terengganu tersenarai bersama 6 buah Universiti Awam (UA) yang lain menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut mengambil kira bilangan terbanyak barangan E-Waste yang dapat dikumpulkan oleh setiap universiti.

3.      E-Waste adalah singkatan bagi Electronic Waste yang  merujuk kepada barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak/sudah usang. Antara barang-barang yang dikategorikan sebagai E-Waste dan boleh dikumpulkan contohnya seperti berikut:

  • Notebook/ Laptop
  • Set Komputer Desktop
  • Projektor
  • Mesin basuh
  • Peti sejuk
  • Telefon
  • Mesin pencetak
  • Televisyen
  • Penghawa dingin (air-cond)
  • Kamera
  • Barang-barang elektrik (pemanas air, pengisar dan lain-lain)
  • dan banyak lagi barang-barang elektrik/elektronik
 4.      Bagi menyokong projek ini semua warga yang ingin menyumbang barangan elektrik dan elektronik terpakai milik PERSENDIRIAN bolehlah menghantar dan mengumpul barangan E-Waste tersebut sepertimana berikut:

Tarikh : 10 – 16 Oktober 2017 (Setiap hari)
Masa  : 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Stor Kabin Pusat Pembangunan Dan Harta

Dimaklumkan juga, pelupusan harta atau aset universiti yang rosak diuruskan oleh Pejabat Bendahari berdasarkan kepada Tatacara Pengurusan Aset berkuatkuasa. Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh diajukan kepada Dr. Siti Aisyah Binti Saat, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (3564) dan Pn. Norasiah Binti Mohamad, Pejabat Bendahari (4410)

Sekian, terima kasih.