PEJABAT BENDAHARI

Search

UTAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi atas keizinannya, laman web Pejabat Bendahari berjaya dibangunkan sepenuhnya. Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pentadbir laman web ini atas usaha merealisasikan kewujudannya.

Pejabat Bendahari UMT, berperanan menjalankan perkhidmatan kewangan dengan berkesan ke arah meningkatkan tahap profesionalisme pentadbiran kewangan seterusnya merealisasikan menyokong hasrat Pengurusan Tertinggi UMT dalam menjayakan Pelan Strategik UMT. Adalah menjadi hasrat kami untuk untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berintegriti kepada para pelanggan yang berurusan di jabatan kami dan UMT, amnya.

Pembangunan laman web ini bukan sahaja untuk menerangkan tentang fungsi jabatan yang melaksanakan pengurusan kewangan di UMT tetapi ianya juga adalah untuk memberikan informasi berhubung perkhidmatan jabatan dan sebagai medium komunikasi yang menyalurkan maklumat kewangan yang tepat dan bermanfaat. Adalah diharapkan, laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak termasuklah warga UMT amnya dan pelanggan UMT khususnya. Pihak kami turut mengalukan sebarang pandangan dan maklumbalas yang membina agar dapat meningkatkan lagi sistem penyampaian perkihdmatan kami.

Akhir kata, diharapkan warga Pejabat Bendahari terus komited memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada para pelanggan. Semoga komitmen dan semangat kerja berpasukan yang  berterusan akan memacu jabatan ke arah penyampaian perkhidmatan dan pengurusan kewangan yang cemerlang dan gemilang.

Bendahari
Universiti Malaysia Terengganu