KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) secara rasmi mengumumkan pelantikan Encik Mohd Riduan bin Mohamed Rakhazali sebagai Bendahari baharu bagi menerajui pengurusan kewangan universiti bermula 1 April 2026 menggantikan Puan Azizah Hasan yang telah dilantik sebagai Ketua Audit Dalam UMT.

Pelantikan ini merupakan langkah strategik dalam memperkasakan struktur kepimpinan universiti bagi memastikan kelestarian fiskal dan ketelusan tadbir urus berada pada tahap tertinggi.

Sebagai Bendahari, Mohd Riduan bertanggungjawab menyelia keseluruhan operasi kewangan UMT, termasuk perancangan bajet tahunan, pengurusan aset, pembayaran serta pelaksanaan perolehan yang efisien. Beliau dibantu oleh barisan pengurusan kanan termasuk:

  • Puan Fauziah binti Mahmud (Timbalan Bendahari Kanan – Pengurusan Hasil, Bajet & Akaun
  • Puan Salwati binti Mohamad @ Asmara (Timbalan Bendahari Kanan – Perkhidmatan Kewangan
 

Pejabat Bendahari mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini.