Misi, Visi & Objektif
MISI
Menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan pengurusan kewangan universiti.
VISI
Memberi perkhidmatan cemerlang dalam pengurusan kewangan selaras dengan piawaian profesional dan peraturan yang berkuatkuasa.
OBEJKTIF
Memberi perkhidmatan sokongan kewangan Universiti kepada semua Warga UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU, aktiviti dan pusat pengajian, prasiswazah dan pasca siswazah dengan cekap dan berkesan ke arah meningkatkan tahap profesionalisma pentadbiran kewangan dan prestasi keseluruhan UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU selaras dengan peraturan dan pekeliling kewangan yang berkuatkuasa yang merangkumi :
- Penyediaan perancangan dan dasar kewangan universiti berpandukan kepada peraturan-peraturan yang berkuatkuasa;
- Penyediaan perkhidmatan kewangan yang berkualiti kepada pelanggan dalam dan luar universiti; dan
- Pemantauan serta kawalan yang menyeluruh ke atas urusan kewangan universiti agar sumber yang ada digunakan dengan efisyen dan secara optimum.
Hubungi Kami
-
Pejabat Bendahari
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
Tel : 09-668 4111 / 09-668 4136
Email : pejabat.bendahari@umt.edu.my