Bersempena dengan persaraan wajib Puan Fauziah Mahmud pada 20 Julai 2026, seluruh warga Pejabat Bendahari, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dengan penuh takzim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, khidmat bakti, kerjasama, iltizam serta dedikasi yang telah dicurahkan oleh beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di UMT amnya dan Pejabat Bendahari khasnya.

Segala jasa, pengorbanan dan budi yang telah disemai dalam merealisasikan misi serta aspirasi PTj dan UMT akan sentiasa dikenang dan disanjung tinggi. Semoga segala sumbangan yang telah diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan, dikurniakan keberkatan serta rahmat daripada Allah S.W.T., dan semoga Puan Fauziah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta kesejahteraan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu.

Terima kasih atas segala bakti dan selamat bersara.

Sekian, terima kasih.
PEJABAT BENDAHARI UMT