Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera warga UMT yang dihormati,
Demi memastikan kelancaran pengurusan kewangan universiti serta mencapai penutupan akaun yang efisien, telus, dan tepat pada masanya, bersama-sama ini dilampirkan Peraturan & Tarikh Akhir Penutupan Akaun bagi Tahun 2026 untuk rujukan serta tindakan segera semua.
Ambil Perhatian & Bertindak Awal:
Mohon semak dan rancang tindakan segera mengikut tarikh akhir setiap proses yang telah digariskan. Kelancaran misi ini bergantung sepenuhnya kepada komitmen dan kerjasama proaktif daripada kita semua!
Jom kita selesaikan dengan pantas, tepat, dan cemerlang. Semoga Allah memudahkan urusan penutupan akaun UMT.
Sekian, terima kasih
Pejabat Bendahari UMT
