Makluman Pelajar

Warga Pelajar yang dihormati sekalian, Adalah dimaklumkan, Pejabat Bendahari telah selesai mengemaskini bayaran yuran pelajar sehingga 10 Disember 2017. Sekiranya bayaran telah diselesaikan sebelum tarikh tersebut namun maklumat pembayaran masih belum dikemaskini, pelajar diminta menyerahkan bukti bayaran tersebut ke Kaunter Bendahari. Terima kasih.

PERTANDINGAN PROGRAM E-WASTE ALAM ALLIANCE PERINGKAT NEGERI TERENGGANU ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg. Prof/Dr/Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2.     Untuk makluman semua, sisa elektrik dan elektronik (dikenali sebagai E-waste) menjadi isu kritikal kerana kurang kesedaran tentang cara pelupusan yang sesuai selepas jangka hayat penggunaannya. Sekiranya pelupusan E-waste tidak dikendalikan dengan betul, ianya akan merbahaya kepada kesihatan dan alam sekitar. […]

KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M Debit-i)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera, Warga pelajar yang dihormati, Adalah dimaklumkan bahawa Baucar Buku 1 Malaysia telah digantikan dengan Bantuan Pelajar Pengajian Tinggi (BPPT) yang dikelolakan oleh Bank Rakyat. Permohonan bagi kad ini telah dibuka bermula 16 Februari 2017 sehingga 31 Mac 2017. Para pelajar yang telah menerima e-mel makluman daripada pihak Bank Rakyat diminta […]