Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
YBhg. Prof/Dr/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman semua, sisa elektrik dan elektronik (dikenali sebagai E-waste) menjadi isu kritikal kerana kurang kesedaran tentang cara pelupusan yang sesuai selepas jangka hayat penggunaannya. Sekiranya pelupusan E-waste tidak dikendalikan dengan betul, ianya akan merbahaya kepada kesihatan dan alam sekitar. Bagi membantu menjaga alam sekitar dengan lebih baik pada masa akan datang, Jabatan Alam Sekitar telah menganjurkan Pertandingan Program E-Waste Alam Alliance Peringkat Negeri Terengganu dan Universiti Malaysia Terengganu tersenarai bersama 6 buah Universiti Awam (UA) yang lain menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut mengambil kira bilangan terbanyak barangan E-Waste yang dapat dikumpulkan oleh setiap universiti.
3. E-Waste adalah singkatan bagi Electronic Waste yang merujuk kepada barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak/sudah usang. Antara barang-barang yang dikategorikan sebagai E-Waste dan boleh dikumpulkan contohnya seperti berikut:
- Notebook/ Laptop
- Set Komputer Desktop
- Projektor
- Mesin basuh
- Peti sejuk
- Telefon
- Mesin pencetak
- Televisyen
- Penghawa dingin (air-cond)
- Kamera
- Barang-barang elektrik (pemanas air, pengisar dan lain-lain)
- dan banyak lagi barang-barang elektrik/elektronik