Objektif Pejabat Bendahari

 

Memberi perkhidmatan sokongan kewangan Universiti kepada semua Warga UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU, aktiviti dan fakulti-fakulti, pra-siswazah dan pasca siswazah dengan cekap dan berkesan ke arah meningkatkan tahap profesionalisma pentadbiran kewangan dan prestasi keseluruhan UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU selaras dengan peraturan dan pekeliling kewangan yang berkuatkuasa yang merangkumi :

i) Penyediaan perancangan dan dasar kewangan universiti berpandukan kepada peraturan-peraturan yang berkuatkuasa;
ii) Penyediaan perkhidmatan kewangan yang berkualiti kepada pelanggan dalam dan luar universiti; dan
iii) Pemantauan serta kawalan yang menyeluruh ke atas urusan kewangan universiti agar sumber yang ada digunakan dengan efisyen dan secara optimum.